Thursday, August 13, 2009

hari ini dan semalam....

hari ini kelas saya bermula jam 8 pagi..Oh God, please help me...banyak kerja yang harus diselesaikan tetapi walau apapun perjuangan mesti diteruskan demi kelansungan hidup di masa akan datang.Tiba- tiba saya terfikir apa yang membezakan hari ini dan semalam. Sudah tentulah semalam telah berlalu...hihi..Tetapi hari ini perjalanan masih jauh...Masih banyak yang perlu diterokai,masih banyak yang perlu dipelajari dan masih banyak yang perlu diinsafi...

"Pastikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini", kata-kata ini bagi saya tidak bermakna jika tiada usaha dalam mencapainya. Di sebabkan itu kita dianjurkan supaya bermuhasabah diri sebelum tidor. Ini adalah supaya kita dapat mengesan kelemahan kita pada hari ini dan memperbaikinya supaya tidak berlaku di hari esok...

Jadi, sama-samalah kita beusaha untuk memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, kerana rahmat Allah sangat luas dan menjadi satu kerugian jika kita mensia-siakannya...=)

Wednesday, August 12, 2009

Couple??? its just not my style...

Bercakap soal couple ni, memang tak akan habis. Memang sudah jelas, couple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat adalah haram. Saya bukanlah hendak bercakap tentang hukum kerana kebanyakan sudah sedia maklum dan hukumnya adalah jelas. Tapi, bila dilihat kepada zaman sekarang, isu ini seolah-olah semakin menjadi-jadi.

Saya tidak mempunyai teman lelaki dan saya sangat bangga menjadi seorang yang single. Saya bukan hendak bercakap besar tetapi itulah yang menjadi pembakar semangat dalam diri saya untuk menjadi seorang yang lebih baik.Kepada kawan-kawan yang diluar sana yang merasakan tidak senang untuk menjadi single, saya ada kata-kata peransang untuk anda.

Dalam hal ini, mindset memainkan peranan yang sangat penting. Saya selalu berkata pada diri saya "i dont need a boyfriend to make me happy, having Allah as my creator is more than enough" dan itulah yang memotivasikan saya sehingga ke hari ini. Allah tidak menciptakan kita di dunia ini untuk melakukan perkara yang sia-sia. Sebenarnya, kalau di ikutkan couple ini adalah benda remeh sebenarnya, kerana banyak lagi masalah besar yang menimpa umat manusia pada hari ini. Cuma kita sendiri yang tidak dapat membezakannya termasuk diri saya. Bagi saya, isu ini tetap berterusan kerana manusia lupa kepada keutamaan dalam menjadi makhluk Allah di muka bumi ini.

Apabila melihat mereka-mereka yang berdating, saya selalu bertanya dalam diri saya adakah itu yang membuatkan sayabahagia? Bila saya berfikir panjang, jawapan yang muncul ialah tidak, kerana saya mungkin bahagia buat seketika tetapi bukan untuk jangka masa yang panjang.. saya tidak suka sesuatu yang temporary....

persoalan yang selalu juga bermain di fikiran saya ialah berkenaan dengan dosa. Dosa walaupon sebesar biji sawi pon akan disoal oleh Allah kelak.Cuba bayangkan jika kita sudah bercouple selama 3 tahun dan setiap perkara yang dilakukan ketika itu akan disoal Allah satu persatu...Saya tidak sanggup menanggung dosa sedangakan amalan yang lain pon tak cukup banyak...

Mungkin sukar bagi sesetengah orang untuk berubah, tetapi itu bergantung kepada diri sendiri. Jika kita tekad untuk berubah, tiada siapa yang dapat menghalang. Jadi sama-samalah kita muhasabah diri, janganlah mendekati zina dalam erti kata bercouple kerana zina mencetuskan dosa dan adakah kita sudah settle dengan zina2 yang lain... zina mata,zina hati dan sebagainya kerana ia turut diambil kira....Dan yang terakhir bila ada orang bertanya kepada anda, sudahkah ada mempunyai teman lelaki, jawablah"Couple??? its just not my style..." hehe...

Tuesday, August 11, 2009

ini versus itu

Saya teringat akan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai bagaimana seorang yang tidak dapat menahan nafsunya lalu menonton video lucah sebagai jalan penyelesaian. Lalu beliau berkata "Tidak boleh mengawal nafsu dengan nafsu, yang mengawal nafsu itu ialah agama iaitu dengan berkahwin. Saya sangat bersetuju kerana kita dapat melihat betapa rosaknya remaja hari ini kerana mengawal nafsu dengan nafsu. Namun, bukan nafsu yang ingin saya perkatakan hari ini.

Allah telah menciptakan dunia ini dengan begitu cantik skali. Allah menciptakan sesuatu itu bertentangan supaya ia dapat melengkapi antara satu sama lain. Contohnya mudah sahaja, Allah tidak menciptakan dunia ini penuh dengan pencuri sahaja, sebaliknya Allah menciptakan polis iaitu bertentangan dengan si pencuri. Cuba bayangkan jika semua manusia itu pencuri, sudah pasti dunia ini porak peranda kerana pencuri tidak boleh mengawal pencuri, hanya polis sahaja dengan izin Allah dapat mengawal pencuri.

Allah menciptakan sesuatu itu secara bertentangan supaya ia dapat mengawal dan membantu antara satu sama lain. Jadi,tidak hairanlah di sini bahawa segala yang bertentangan itu adalah untuk kebaikan semua, tidak tertakluk kepada manusia sahaja. Banyak contoh lain seperti lelaki versus perempuan, jahat versus baik dan yang paling basic ini versus itu...

"Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.
Martin Luther King, Jr.

Monday, August 10, 2009

hari ini dalam sejarah..

Saya bukanlah seorang yang suka menulis tetapi saya merasakan perlu untuk membuat sesuatu berkaitan dengannya.Blog ini tidaklah sehebat mana, hanyalah cetusan rasa dan tempat untuk say melontarkan buah fikiran dan seterusnya memperbaiki diri saya.Semoga blog ini dapat memberi sesuatu kepada semua yang membaca termasuk diri saya..amin..