Tuesday, August 11, 2009

ini versus itu

Saya teringat akan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai bagaimana seorang yang tidak dapat menahan nafsunya lalu menonton video lucah sebagai jalan penyelesaian. Lalu beliau berkata "Tidak boleh mengawal nafsu dengan nafsu, yang mengawal nafsu itu ialah agama iaitu dengan berkahwin. Saya sangat bersetuju kerana kita dapat melihat betapa rosaknya remaja hari ini kerana mengawal nafsu dengan nafsu. Namun, bukan nafsu yang ingin saya perkatakan hari ini.

Allah telah menciptakan dunia ini dengan begitu cantik skali. Allah menciptakan sesuatu itu bertentangan supaya ia dapat melengkapi antara satu sama lain. Contohnya mudah sahaja, Allah tidak menciptakan dunia ini penuh dengan pencuri sahaja, sebaliknya Allah menciptakan polis iaitu bertentangan dengan si pencuri. Cuba bayangkan jika semua manusia itu pencuri, sudah pasti dunia ini porak peranda kerana pencuri tidak boleh mengawal pencuri, hanya polis sahaja dengan izin Allah dapat mengawal pencuri.

Allah menciptakan sesuatu itu secara bertentangan supaya ia dapat mengawal dan membantu antara satu sama lain. Jadi,tidak hairanlah di sini bahawa segala yang bertentangan itu adalah untuk kebaikan semua, tidak tertakluk kepada manusia sahaja. Banyak contoh lain seperti lelaki versus perempuan, jahat versus baik dan yang paling basic ini versus itu...

"Darkness cannot drive out darkness; only light can do that. Hate cannot drive out hate; only love can do that.
Martin Luther King, Jr.

No comments:

Post a Comment